Thursday, December 18, 2008

PROFIL SYARIKAT VEMMA


VeMMA adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh keluarga dan berasaskan nilai keluarga dan ditubuhkan oleh pengasas New Vision. New Vision yang ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu ialah pemimpin dalam industri kesihatan dan mencapai jumlah jualan runcit yang melebihi USD$1 bilion dolar.

New Vision telah menjadi sebuah syarikat yang terkemuka, kukuh dan boleh dipercayai dalam industri pemasaran rangkaian. New Vision beroperasi dari Ibu Pejabat baru seluas 26,000 kaki persegi di 8322, East Hartford Drive, Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat. Syarikat ini juga mempunyai sebuah pusat pengedaran yang canggih seluas 25,000 kaki persegi serta sebuah kemudahan perkilangan cecair di Tempe, Arizona. Walau bagaimanpun di dalam industri pemasaran rangkaian (multilevel marketing), kadar syarikat baru yang gagal pada tahun pertama adalah sebanyak 90% dan disusuli lebih 98% dalam tempoh lima tahun, New Vision telah mencapai kejayaan dan keuntungan selama sepuluh tahun. Malah, yang lebih mengagumkan ialah New Vision telah membayar royalti hampir USD$500 juta dolar kepada ahli-ahlinya dan tidak pernah lewat menghantar cek-cek royalti atau menunaikan janjinya kepada para ahli.

Kedua-dua New Vision dan VeMMA dimiliki oleh BK Boreyko dan adik perempuannya, Karen dan Lauren. Ibu bapa mereka, Ben dan Dottie Boreyko ialah pemasar rangkaian yang berjaya. Mereka telah lama terlibat dalam industri ini sejak zaman kanak-kanak mereka. Pada umur 7 tahun, BK bermula membantu ibu bapanya mengendalikan perniagaan Amway mereka. Pada umur 18 tahun beliau menubuhkan perniagaan pengedaran Amway sendiri sehingga peringkat PS Direct.

Apabila beliau berumur 30-an , beliau dan keluarganya telah melancarkan pemasaran rangkaian generasi baru yang dinamakan New Vision. New Vision ditubuhkan berasaskan kekuatan dan keberanian ibu mereka yang telah meninggal dunia akibat penyakit kanser, setahun sebelum New Vision ditubuhkan. Misi New Vision agak mudah, iaitu meningkatkan kualiti hidup keluarga dari segi fizikal dan kewangan. Dalam beberapa bulan sahaja, syarikat ini telah mencapai pertumbuhan dan kejayaan yang mengagumkan oleh berkat kepimpinan yang dinamik sehingga disifatkan sebagai kapal roket oleh majalah Success Magazine. Tidak lama kemudian, BK dan adiknya Jason telah dihadiahi Anugerah Usahawan Cemerlang di Arizona oleh Ernst and Young atas berbagai-bagai inovasi dan sumbangan syarikat mereka.

KEMBALI KE MUKA DEPAN